Thursday 15 August 2013

YB DIMANA HARI NI ? - 15 OGOS 2013 

Ziarah Raya YB Cikgu Zainun ADUN Chenderoh & Isteri ( Kak Saba) ke rumah Pak Osman penduduk Kg Bendang Ujib. Turut bersama Cikgu Ali (Ketua Kg Bendang Ujib) dan En Munif & Isteri(Pn Daliana).






YB DIMANA HARI NI ? - 15 OGOS 2013

Ziarah Raya dan pemberian pinjaman kerusi roda oleh YB Cikgu Zainun, ADUN Chenderoh kepada Pn. Norma bt md Yusof (kakak Pak Yon) penduduk Kampung Bendang Ujib.




YB DIMANA HARI NI ? - 14 OGOS 2013

Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Aidilfitri RELA Daerah Kuala Kangsar & Suaikenal Pengarah RELA Negeri Perak telah diadakan di dewan terbuka Pusat Kegiatan Rakan Muda Padang Rengas. Turut hadir YB Cikgu Zainun, ADUN Chenderoh,YB Dato Siti Salmah, ADUN Lubuk Merbau, Pengarah RELA Negeri Perak,Penghulu-penghulu,Ketua-Ketua Kampung, Pegawai & anggota RELA daerah K.K dan penduduk setempat. Majlis dimeriahkan dengan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang telah disampaikan oleh kedua-dua YB & Pengarah RELA. Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis.










YB DIMANA HARI NI ? - 14 OGOS 2013

Ziarah Raya bersama-sama YB Cikgu Zainun, ADUN Chenderoh dan YB Dato Seri Mohemed Nazri bin Tan Sri Abd Aziz, Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Padang Rengas kepada bekas-bekas ketua kampung kawasan DUN Chenderoh. Terima kasih kepada YB Cikgu Zainun dan YB Dato Seri Nazri di atas kunjungan ini.








YB DIMANA HARI NI ? - 8 OGOS 2013

YB Cikgu Zainun, ADUN Chenderoh mengadakan Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di kampung Beluru pada pukul 8 malam sehingga 12 tengahmalam yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat dan kaum iaitu melayu,cina dan india.
YB DIMANA HARI NI ? - 5 OGOS 2013

Majlis penyampaian saguhati Tadarus Al Quran di Masjid Kota Lama Kiri. terima kasih dan syabas kepada Pengerusi serta barisan AJK Masjid yang berjaya menyanjurkan beberapa program dalam bulan Ramadan. PKDC mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri maaf zahir dan batin.






Monday 5 August 2013

YB DIMANA HARI NI ? - 5 OGOS 2013

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan panjut peringkat kampung dan penyerahan bendera jalur gemilang kepada ketua-ketua zon. Turut hadir Penghulu Mukim Kota Lama Kiri dan En. Hamdan MS. Terima kasih kepada ketua Kg Beluru serta barisan JKKK yang menganjurkan beberapa aktiviti/program yang bertujuan untuk perpaduan masyarakat. Teruskan usaha-usaha murni ini demi untuk agama, bangsa dan tanahair.